Bila tengah-tengah malam cam ni kan, kena pulak dok sorang-sorang teringat pulak kat kawan baik aku sorang ni.. sape lagi kalau bukan sally.
Dia kawan baik aku masa aku study kat UiTM Perlis. Dia la room mate aku, dia la classmate aku, dia la bestfriend. Awal-awal semester aku dengan dia tak jadi roomate pom lagi. Tapi bilik kitorang dekat-dekat jer. Bila da pindah kolej baru la kitorang jadi roomate. Dari semester 4 hingga semester 6.
Walaupun aku orang kelantan and sally orang kedah tapi dialek pertuturan tak jadi malasah. Walaupun aku cakap klate dia cakap kedah tapi kami still boley bertukar cerita.
Kalau dulu, masa still study kat Arau, sebelum tidur mesti aku dengan dia sempat bergosip. Mesti aku akan lepak kat katil dia tak pom dia lepak kat katil aku sebelom tido.
Kalau time final exam, aku dengan dia memang tak tidur malam. konon nya study la kan, tapi kalau study dok sebelah-sebelah memang tak kemana. Bercakap je banyak study nye ciput jer. hehe..
Kalau time boring-boring hujung minggu, dia la jugak peneman aku pergi jalan-jalan. Arau tu tak ade lah besar sangat, setakat keluar pergi C-mart beli barang dan cuci mata. hehehe.. Tak pom tiap kali hari jumaat kitorang keluar pergi beli makanan kat pasar malam Arau. Kalau nak up sikit pergi jalan-jalan kat Kangar, tu pon g pusing The Store yang tak ada ape benda.
Kalau time aku pokai, kehabisan duit di tangan dan di dalam bank, sally la jugak yang jadi bank sementara aku. Hehehee... Bila aku da ada duit, aku bayar la balik kat dia.
Bila pagi-pagi, dia la yang kejutkan aku yang sangat-sangat liat nak bangun solat subuh. huhu.. Dia selalu marah aku sebab set alarm tapi tak pernah-pernah bangun sendiri. hehehe.. Rindu nak dengar dia beleter kat aku.
Bila da habis diploma, kitorang dapat 1 course untuk degree. Masa tu kitorang dapat degree in Food Technology kat UiTM Shah Alam. Tapi kejap je kitorang belajar sama-sama sebab lepas tu dia pergi UMP (Universiti Malaysia Pahang) sebab dia dapat kursus yang dia suka, bioteknologi. So tinggal la aku sorang-sorang kat situ. Sampai la habis 1 sem aku kena reject sebab result teruk. Malu kan.. hehe tp nk wat cm mane tak ade rezeki aku nak sambung degree.hehe
so sekarang tengah berdebar-debar tunggu result untuk UPU. Lau ade rezeki dapat la belajar lagi. Sambung wat degree tp bukan kat UiTM da la..hehehe...
![]() |
| Gambar ni masa kitorang pergi lepak-lepak kat Kuala Perlis. Lepak tengok Sunset kalau tak silap. |
![]() |
| Rindu nak g holiday sama-sama. |
![]() |
| Rindu nak g jalan-jalan pusing perlis dengan kedah lagi, |
![]() |
| Rindu nak pergi program kat Uitm sama-sama. |
![]() |
| Kekedang Sally terikut-ikut perangai aku yang suka bergambar tak kira tempat. Masa ni kitorang sengaja g cari baju tu semata-mata nak ambik gambar. |
![]() |
| Rindu nak snap gambar guna webcam. Buat pelbagai reaksi muka.. |
![]() |
| Rindu nak lepak-lepak kat pondok depan kolej. |
![]() |
| Rindu nak main bowling sesama lagi. |
![]() |
| yeah! kitorang da konvo da. Da boley rasa pakai jubah labuh dengan topi petak . |













semoga persahabatan korang kekal :)
ReplyDeleteamin..\hehe
ReplyDeletesnor tiba2 rindu ang ngan sally..asa sedih plak wlpon kjp ja jd roomate ampa..huhu
ReplyDelete