2 January 2013

Jalan-Jalan Pusing Kota Bharu (28-30/12/2012)

Hari Jumaat yang lepas aku bawak semua kawan sebilik dengan aku balik rumah aku kat Pasir Mas. Biar dorang release tension sebelum final exam start 6-01-13 nanti. 

Jumaat malam tu aku bawak roomates aku pergi Wakaf Che Yeh kat Kota Bharu. Wakaf Che Yeh ni memang terkenal la kat kelantan, kira tempat barangan murah-murah. Wakaf Che Yeh ni ala-ala uptown or downtown la kalau kat KL. Waktu malam memang meriah dan buka sampai pagi. 
Malam tu aku bawak dorang tidur kat rumah arwah nenek aku kat Kg Banggol Gajah Mati. Rumah arwah nenek aku ni besar so selesa la dari rumah aku yang sangat kecik. heeeee

Aktivit hari sabtu, aku bawak roomates aku pergi KB Mall. Salah satu shopping complex yang agak famous kat kelantan nie. Kiranye nak shopping la sebab ade YES(Year End Sale) kan, tapi tak beli pape pom kecuali g beli barang kat Watson jer. heee

Posing la kejap dalam KB Mall kan.. heeeee
Next day, hari ahad, hari last kitorang kat rumah, aku dengan umi bawak roomates aku,sekali dengan sepupu aku pergi pusing bandar kota bharu lak. 

Penuh 1 kereta. hehe.. So, hari tu kira macam Ladies Outing la sebab semua yang pergi semua perempuan. 

Ni kat dalam Muzium Negeri Kelantan. Sekarang ni tengah ada pameran tentang The Red Warriors.
Ala, the red warriors ni pasukan bola sepak kelantan la. Yang tahun lepas sapu semua piala. So kat muzium ni ada la semua piala-piala tu. Actually, xde laexcited sangat nk tengok pasal bola ni tapi alang-alang aku pom xpenah sampai muzium nie, bawak la jugak dorang datang sini.

Posing kat rebana ni. Rebana ni kira alat muzik paling popular la kat kelantan. Pastu kalau masa ada perlawanan bola antara kelantan dengan mana-mana pasukan, akan ada la bunyi alat ni. Kira sboleh bagi semangat kat team tuh.

Tempat yang sama dengan alat yang sama.

see how creative they are. Bley wat spek 2011 cam tu.. hhehehe


Aku da lupa nama piala ni.. huhhu


Salah satu lambang negeri kelantan adalah wayang kulit.

Gomo Kelate Gomo.

Rolls Royce... Kereta lama untuk kaum kerabat diraja Negeri Kelantan. 

Owh Abe Piya.. Hahaha.. Aku minat giler kat Kapten Pasukan Bola sepak Kelantan nie... Orang cakap muka dia ada iras-iras pakcik aku.. hahaha..

Suasana dalam Pasar Siti Khadijah. Walaupun aku ni dilahirkan dan dibesarkan di negeri Che Siti Wan Kembang nie, tapi dengan jujurnya aku nak bagitahu ni la kali pertama kali aku menjejakkan kaki kat dalam nie. Hahahahahah... NI gambar capture by me okey bukan ambik dalam google.

Last destination sebelum balik adalah kat sini. Aku da pernah banyak kali da berusaha untuk datang sini tapi ni baru berhasil. hhahah..



That's all laaaa...
cerita untuk kali ini..
len kali sambung lagi..
daaa
assalamualaikum..







28 December 2012

Sukan Rakyat at Sek Keb Gemang

Hari sabtu (22/12/2012) yang lepas aku ikut kawan roomate aku pergi Sek Keb Gemang. Ade sukan rakyat katanya. Roomate aku ni kena pegi sebab cikgu koko (kokurikulum) dorang suruh pergi untuk cukupkan jam kredit kelas koko dorang. So aku tumpang la sekali. Aku memang xde kena mengena langsung dengan koko ni sebab aku ambik JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia).
 Tapi disebabkan excited nya roomate bercerita so aku teringin la nak join walaupun terpaksa korbankan masa tidur aku sebab kena bangun awal-awal pagi lagi..hehehe.. Seawal pagi dalam pukul 6.45 pagi aku da kena bangun.. 

Dalam pukul 9 pagi kitorang da sampai kat sana. Kitorang g jalan kaki kot, kira-kira dalam 500m dari UMK bak kata signboard kat tepi jalan tuuu.. Tapi aku rasa sangat-sangat jauh okey. Tapi disebabkan kitorang jalan ramai-ramai, tak adela rasa sangat penat jalan tu.

Dengan keadaan cuaca yang sangat-sangat mendung sebab sekarang ni kelantan kan tengah musim tengkujuh, dengan keadaan padang yang sangat lecak, kitorang still semangat buat senamrobik. Habis basah lencun sport shoe aku. Tapi nasib baik masa tengah buat senamrobik tu tak hujan..

Aku jumpa sepupu aku kat sini, kak mah dan husband dia, abe wea. Dorang ni tinggal dekat-dekat sini je. Sukan rakyat ni anjuran Kesedar dan sepupu aku ni keje under Kesedar so dorang mesti la kena ada sekali.




1st place untuk senamrobik pada mulanya kat open hall tapi tak jadi sebab nak kena buat kat padang . Ni la dewan tu, sempat la kitorang posing dulu..Kat padang da tak sempat nak pose sebab keadaan yang tidak mengizinkan.Hehehe

Kat belakang tu ade burung unta (ostrich) ok.. Buat jakun jap nak ambik gambar ngan ostrich .

bagi ostrich makan ais-krim.. hehe.. tapi ostrich ni demand sebab dia layan pom ais-krim aku bagi.






okey la.. nak kena tido dulu ni sebab esok ada kelas JPAM pukul 9 pagi. Lepas tu nak balik rumah lak.. Nak angkut roomate aku sekali..

Selamat Malam :)

27 December 2012

Holiday Bersama Keluarga

bersama family ku at Colmare Tropicale, Berjaya Hill..

Japanese Village

kabus sebab baru je lepas hujan kat Berjaya Hill..

panas tapi nak jugak ambik gambar. tu yg tangan atas kepala tuh.. hehehe

with my dad kat Taman Arnab.. Arnab kat sini sangat-sangat jinak n comel-comel.. Geram je nk ambik buat balik sekor..

Ni kat Laman KLCC.. kitorang lepak cnie tengok air pancut menari ikut irama lagu.. So nice..